Bismillahirrahmanirrahim. . .
Berbicara tentang cinta membuatkan saya kelu, terdiam. Sejujurnya saya seorang yang tidak mempercayai, tidak yakin, dan sentiasa ragu-ragu tentang cinta sebelum perkahwinan. Tipu la jika saya mengatakan tidak ada si kumbang yang meminta, namun hati saya tetap tegar, tidak yakin akan cinta sebelum berkahwin.
Bimbang, andainya sia-sia sahaja percintaan itu andai tidak di tamatkan dengan ikatan perkahwinan.
Bahkan hati saya tetap ragu dengan ikatan pertunangan. Bertunang ? Ya, mahupun itu merupakan tanda si bunga menjadi tunangan orang, namun itu bukan bermaksud aku akan menjadi isteri mu.
: Jika nama kita termaktub di Luh-Mahfuz, maka hati kita akan saling bertaut:
Cinta Monyet bersama si A, Bercinta dengan si B, Dirisik oleh si C, Bertunang dengan si D,
Berkahwin dengan si E.
Hebatkah cinta kalau begitu? Sucikah cinta kalau begitu?
Wahai saudara, hati perempuan saya ini hanya akan yakin, percaya, hanya jika ikatan kita ini disatukan dengan ikatan PERKAHWINAN. Tika itulah, hati ini hanya milikmu. Kepercayaan dan kesucian hati ini, percaya pada cinta antara manusia. Ya, itu janjiku.
Jika Kamu Calon Suamiku,
aku akan menjadikan sejadah sebagai hantaranku kerana itulah tempat kau akan beribadah dengan Alalh siang dan malam,
aku akan menjadikan kopiah dan jubah sebagai hantaran kerana itulah sunnah Rasulullah dalam pemakaian,
aku akan menjadikan al-Quranul karim sebagai hantaran kerana kalam Allah itulah akan menjadi saksi cintaku kepada Allah.
Jika Kamu Calon Suamiku,
aku mohon kau jadikanlah kain sembahnyang sebagai hantaran, supaya aku dapat beribadah kepada Allah bersama-sama mu,
aku mohon kau jadikan lah tasbih sebagai hantaran, supaya aku mampu mengingati Allah setiap tika dan saat
aku mohon kau jadikanlah tudung labuh sebagai hantaran, supaya aku mampu menutup aurat dengan tudung itu.
Jika kamu calon suamiku,
Hadiahkanlah apa sahaja asalkan membawa aku ke syurga Allah bersamamu kelak.
" Wahai Calon Suamiku, ini yang ku pinta, bukan ikatan tanpa perkahwinan"
4/11/2012
Surat Untukmu, Pejuang Allah
Bismillahirrahmanirrahim. .
Terkedu tatkala saya menerima panggilan telefon daripada sahabat lama saya ketika sama-sama melakukan diploma. Sekarang beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana mengambil fast-track.
Sahabat saya ini merupakan seorang yang sedang mengislahkan (transformasi) dari baik ke arah yang lebih baik, lebih tepat, hidup dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.
Kata sahabat saya yang disayangi ini, waktu beliau ingin mencari Allah,, Allah datangkan ujian dengan sahabat2nya yang sekarang agak bersosial. Kata saya, bersabarlah wahai sahabat, wahai pejuang agama, ini adalah ujian dari Allah. Sejauh mana saudari akan lebih menyayangi Allah. Saudari beruntung Allah memilih saudari sebagai orang yang ingin diujinya. Kerana dari diuji itulah, semakin Allah mencintai kita. Sekali kita mendekati Allah, beribu kali Allah cuba menghampiri kita.

[21:35] Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
Indah bukan dalam kalam Allah. Baca dan hayati. Allah akan menguji. Menguji dengan perkara baik mahupun buruk. Namun kita, sebagai Allah perlu betul-betul menyiapkan diri, menerima dan redha dengan ujian Allah ta'ala.
*Hidup dan mati hanya untuk Allah
"Malaikat Izrail akan datang tanpa kenal rasa hiba, menghancurkan rasa cinta, meruntuhkan kekeluargaan. Hartamu yang segunung tidak akan berkuasa menghentikannya. Hanya satu yang mampu menyelamatkanmu, iaitu amalanmu. Adakah engkau sudah bersedia untuk mati?"
-Dr. 'Aidh al-Qarni,pengarang La Tahzan.

4/05/2012
Femes sekejap
bismillah :)
Hari ahad ke, isnin macam tu la, saya pergi Pesta Buku yang dianjurkan oleh Syarikat Muda Osman (kalau xsilap la). Tujuan saya pergi pesta buku tu x lain xbukan, nak hbskan baucer dalam RM 100 lg. hee.heee
Saya igt hari tuh xramai org pun. sbb ye lah, sy pergi hari hari kerja bukan hjg mggu. Tapi apa ? ya Allah hai, ramai tersgt2 la org :D haish. xboleh nak jalan pun. Ramai dgn budak2 sekolah (yelah. dah mmg pesta buku untuk diaorg pn :p)
Then, smbil dok tggu kwn sy dtg (sy menanti di Pustaka Awam) depan pesta buku tu. Tunggu dok tunggu, xnmpk pun btg hidung kwn sy ni. kebetulan sy xbw hp. Hp rosak. Aduii. Saya pun tercegat la dok tggu situ, xberganjak. Datang la si hensem ni :P ha.ha Tahu sape ? Pakai baju sekolah, warna hijau (pengawas sekolah agama) pakai kopiah. Dia dtg dan tgur sy. Saya mmg la malu yg teramat, sbb budak tu sama tggi je. he.he :P
(kena makan vitamin ni nak suruh tggi) dan lbh2 lagi dia hnsem. ha.ha. Tapi xde apa2 pun, cuma senior dan junior nya :D
Ni la sedikit dialog antara saya and si budak pengawas tu
Budak pengawas : kak, lamo xjupo
Saya : eh, awok. ho, lama bena xjupo. Sihat ko ? (cover, malu sbnrnya)
Budak pengawas : Sihat. Kak xcam ko sy ?
Saya : Ehhhh, igt. (malu, dulu budak tu kecik je, skrg dah besar, hnsem lg)
And so on la kan dialog kitaorg. Tiba2, xdiduga sy dserbu oleh kwn2 budak pengawas tu. Memang malu la kan. ha,ha :P yelah, kalau xsilap dlm 6 org laki mcm tu la. Dan sy sorg prmpuan, mana xsegan. Tapi sy tepis juga. Saya berani. (ha,ha poyo je) Saya kata dalam hati, nvmind, alah junior dtg tgur, lyn la. Kan dpt pahala berbuat baik. InsyaALLAH.
Then, masa otw nak masuk pesta buku tu, haaaaaa mmg jadi femes la kejap kan. Jumpa ramai junior sekolah. Kebetulan diaorg datang pesta buku tu hari yang sama. Aduuhhhh. Malu la kak zie (pggln budak sekolah utk sy) :) he.heee,. . .Apa lagi, buat xkenal la. Dah malu nak terserempak, ho.ho Xsangka diaorg dtg jumpe, salam, tegur, ckp2. HAAAIIIII. syg la u gys ni ! Still igt kak zie ni :P
Kak zie ni bukannya pengawas. bukannya maktabah (pengawas pustaka), badan dakwah. tapi pelajar biase.
Dan terima kasih kerana mengingati kak zie ini . Well, that's all :D

Subscribe to:
Posts (Atom)