4/11/2012

Surat Untukmu, Pejuang Allah

Bismillahirrahmanirrahim. .

Terkedu tatkala saya menerima panggilan telefon daripada sahabat lama saya ketika sama-sama melakukan diploma. Sekarang beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kerana mengambil fast-track.

Sahabat saya ini merupakan seorang yang sedang mengislahkan (transformasi) dari baik ke arah yang lebih baik, lebih tepat, hidup dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.

Kata sahabat saya yang disayangi ini, waktu beliau ingin mencari Allah,, Allah datangkan ujian dengan sahabat2nya yang sekarang agak bersosial. Kata saya, bersabarlah wahai sahabat, wahai pejuang agama, ini adalah ujian dari Allah. Sejauh mana saudari akan lebih menyayangi Allah. Saudari beruntung Allah memilih saudari sebagai orang yang ingin diujinya. Kerana dari diuji itulah, semakin Allah mencintai kita. Sekali kita mendekati Allah, beribu kali Allah cuba menghampiri kita.


[21:35] Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Indah bukan dalam kalam Allah. Baca dan hayati. Allah akan menguji. Menguji dengan perkara baik mahupun buruk. Namun kita, sebagai Allah perlu betul-betul menyiapkan diri, menerima dan redha dengan ujian Allah ta'ala.


                      

                                           *Hidup dan mati hanya untuk Allah
                 


"Malaikat Izrail akan datang tanpa kenal rasa hiba, menghancurkan rasa cinta, meruntuhkan kekeluargaan. Hartamu yang segunung tidak akan berkuasa menghentikannya. Hanya satu yang mampu menyelamatkanmu, iaitu amalanmu. Adakah engkau sudah bersedia untuk mati?"

-Dr. 'Aidh al-Qarni,pengarang La Tahzan.


No comments:

Post a Comment