4/11/2012

Jika Kamu Calon Suamiku

Bismillahirrahmanirrahim. . .

Berbicara tentang cinta membuatkan saya kelu, terdiam. Sejujurnya saya seorang yang tidak mempercayai, tidak yakin, dan sentiasa ragu-ragu tentang cinta sebelum perkahwinan. Tipu la jika saya mengatakan tidak ada si kumbang yang meminta, namun hati saya tetap tegar, tidak yakin akan cinta sebelum berkahwin.

Bimbang, andainya sia-sia sahaja percintaan itu andai tidak di tamatkan dengan ikatan perkahwinan.
Bahkan hati saya tetap ragu dengan ikatan pertunangan. Bertunang ? Ya, mahupun itu merupakan tanda si bunga menjadi tunangan orang, namun itu bukan bermaksud aku akan menjadi isteri mu.





                      : Jika nama kita termaktub di Luh-Mahfuz, maka hati kita akan saling bertaut:
                                                  

                                                             
Cinta Monyet bersama si A, Bercinta dengan si B, Dirisik oleh si C, Bertunang dengan si D, 
Berkahwin dengan si E.

Hebatkah cinta kalau begitu? Sucikah cinta kalau begitu?

Wahai saudara, hati perempuan saya ini hanya akan yakin, percaya, hanya jika ikatan kita ini disatukan dengan ikatan PERKAHWINAN. Tika itulah, hati ini hanya milikmu. Kepercayaan dan kesucian hati ini, percaya pada cinta antara manusia. Ya, itu janjiku.

Jika Kamu Calon Suamiku,

aku akan menjadikan sejadah sebagai hantaranku kerana itulah tempat kau akan beribadah dengan Alalh siang dan malam,

aku akan menjadikan kopiah dan jubah sebagai hantaran kerana itulah sunnah Rasulullah dalam pemakaian,

aku akan menjadikan al-Quranul karim sebagai hantaran kerana kalam Allah itulah akan menjadi saksi cintaku kepada Allah.

Jika Kamu Calon Suamiku,

aku mohon kau jadikanlah kain sembahnyang sebagai hantaran, supaya aku dapat beribadah kepada Allah bersama-sama mu,

aku mohon kau jadikan lah tasbih sebagai hantaran, supaya aku mampu mengingati Allah setiap tika dan saat

aku mohon kau jadikanlah tudung labuh sebagai hantaran, supaya aku mampu menutup aurat dengan tudung itu.

Jika kamu calon suamiku,

Hadiahkanlah apa sahaja asalkan membawa aku ke syurga Allah bersamamu kelak.


                                             
                    " Wahai Calon Suamiku, ini yang ku pinta, bukan ikatan tanpa perkahwinan"


                                                            
                                                            



         

3 comments:

  1. Urm, Best. Betul 2, Tipu la jika saya mengatakan tidak ada si kumbang yang meminta, namun hati saya tetap tegar, tidak yakin akan cinta. Huhuhu. c:

    ReplyDelete
  2. Amboih...
    Blog ni pasal apa scara keseluruhannya
    baru bukak
    X survey habis lagi

    ReplyDelete